SELAMAT DATANG KE
ALL STAR VENTURES
1.0 PENGENALAN
ALL STAR VENTURES adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 26 FEBUARI 2023. Dengan Nombor Pendaftaran Syarikat : SA0601150-V. Secara dasarnya syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk menembusi pasaran industri pembinaan bangunan serta kejuruteraan awam. Namun, syarikat turut sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang bentuk perniagaan dari aspek perdagangan awam dan perkhidmatan. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat 100% milikan bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
ALL STAR VENTURES di miliki 100% oleh TUAN MOHD RASHID BIN RAZALI. Dan turut beroperasi bersama-sama syarikat hartanah yang mana ALL STAR VENTURES berpayung dan bernaung di bawah kumpulan “ARDENCE HOLDING Group of Companies” iaitu ARDENCE HOLDING SDN BHD. Sebuah Syarikat INDUK di Malaysia yang melaksanakan perkhidmatan Perundingan, Pemudahcara, Pembuat Dasar dan Kerangka Kerja Pembinaan Projek-Projek Mega dan Melaksanakan projek-projek berdaya saing di peringkat Global. AHSB juga menyalurkan Sumber kewangan sepanjang penglibatan di dalam mengerakkan projel-projek bersama. Pihak syarikat berpendapat bahawa kerjasama ini dapat meningkatkan lagi potensi dan keuntungan kedua-dua belah pihak bagi memacu peningkatan pendapatan bersama.
Kebanyakan pelanggan ALL STAR VENTURES adalah daripada individu dan syarikat yang berminat dalam pembinaan bangunan komersial serta pengubahsuaian bangunan dan rumah. Syarikat berharap ALL STAR VENTURES dapat memberikan sumbangan secara langsung terhadap kemajuan ekonomi Negara Malaysia. Dengan penubuhan syarikat ini, akan mengwujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan bersifat berdaya saing yang sihat di dalam menjana pendapatan rakyat Malaysia di mana mereka berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya yang SISTEMATIK, DINAMIK dan PROGRESIF.
2.0 VISI, MISI & POLISI SYARIKAT
2.1 VISI
Membantu dan menbangunkan Pembinaan Moden dan Kelistarian Bandar demi memenuhi kehendak negara, masyarakat dan pengguna.
2.2 MISI
Menawarkan kualiti perkhidmatan terbaik bagi kerja-kerja pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam disamping mengekalkan mutu piawaian yang tinggi.
2.3 POLISI SYARIKAT
I. Mengamalkan sikap jujur dan nilai integriti yang tinggi semasa berkerja.
II. Membantu para pelanggan mendapat harga terbaik dengan kualiti terbaik.
III. Berkerjasama dengan subkontraktor yang baik demi memastikan projek tersebut dapat siapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan, tidak melebihi kos yang dianggarkan disamping kualiti kerja yang terbaik.
2.0 OBJEKTIF SYARIKAT
2.1 OBJEKTIF UTAMA
> Membekalkan perkhidmatan kejuruteraan sivil dan awam yang memenuhi citarasa pelanggan.
> Perkhidmatan yang terbaik dalam industri kejuruteraan sivil dan awam.
> Penguasaan pasaran yang memuaskan bagi perkhidmatan syarikat.
> Keuntungan yang memuaskan bagi menjamin kedayahidupan (survival) syarikat.
> Pulangan atas pelaburan yang memuaskan kepada pemegang saham.
2.2 OBJEKTIF SAMPINGAN
> Memperoleh kepakaran kejuruteraan sivil dan awam.
> Mewujudkan peluang pekerjaan baru.
> Khidmat dan kebajikan yang memuaskan kepada pekerja dan masyarakat sekeliling.
3.0 STRATEGI SYARIKAT
STRATEGI JANGKA PENDEK.
1) PEMULIHAN DAN PENGUKUHAN OPERASI DAN KEWANGAN MELALUI :
a- Pengukuhan operasi unit-unit pengeluaran syarikat (sivil & awam).
b- Kawalan dan penjimatan perbelanjaan.
c- Pengurusan aset secara cermat dan terancang.
2) PENJANAAN HASIL YANG MEMUASKAN MELALUI :
a- Penumpuan terhadap pengeluaran dan jualan produk yang mempunyai pasaran yang terbaik.
b- Meningkatkan mutu perkhidmatan bagi mendapatkan harga yang terbaik dalam pasaran.
c- Memaksimumkan penghasilan (recovery) dari bahan mentah yang terhad.
d- Mendapat pasaran yang baru supaya tidak bergantung kepada sesuatu pasaran atau pelanggan sahaja.
STRATEGI JANGKA PANJANG PEMULIHAN DAN PENGUKUHAN OPERASI DAN KEWANGAN :
a- Pembesaran aktiviti syarikat melalui perniagaan dan perkhidmatan secara besar-besaran.
b- Mempelbagaikan aktiviti perniagaan syarikat bagi mengekalkan daya saing.
c- Mengenal pasti dan meneroka kawasan baru untuk menjana pendapatan tambahan.
5.0 PERKHIDMATAN SYARIKAT
1. PEMBINAAN BANGUNAN
a. Bangunan Sekolah
b. Bangunan Rumah
c. Bangunan Kedai
d. Bangunan Pejabat
2. PEMBINAAN KEJURUTERAAN AWAM
a. Pembinaan Jalan, Lampu Jalan & Jambatan
b. Air & Elektrik
c. Perparitan & Saliran
d. Kerja Tanah
Pihak syarikat turut bersedia untuk menjalankan perniagaan dengan menepati ciri-ciri dan kehendak dan permintaan pelanggan bagi menjana pendapatan yang mencapai situasi menang-menang buat pelanggan dan syarikat.
" JOM BERALIH KEPADA PEMBANGUNAN BERTEKNOLOGI TINGGI, BERKUALITI DAN SELAMAT "